PRODUK
Produk codi merupakan makanan berkhasiat bersiri yang telah dipatenkan, ia dihasilkan dari cordycerps tertinggi iaitu cendawan berharga yang ditemui dari China pada 1500 tahun yang lalu. Ia dibangunkan dengan menggabungkan pergetahuan terdahulu dan bioteknologi terkini, supaya kami dapat menawarkan produk kesihatan yang terbaik.

 

 

CODI BIOCEPS

“Keyakinan kepada Wajah yang Cantik, Muda dan Berseri!”

Dengan menyepadukan bahan-bahan botani semula jadi dan cordyceps dengan teknologi canggih kosmeseutikal, Produk Penjagaan Kulit BIOCEPS direka untuk membantu kulit anda rasa dan kelihatan muda, sihat dan berseri.

Hanya lengkapkan 3 langkah mudah dengan 1) Codi Bioceps Multi Bio Cleanser, 2) Codi Bioceps Live Up V-Essence dan 3) Codi Bioceps Ultra Brightening Serum, anda boleh mendapatkan kulit yang sihat.

 

1. Kenapa kita memerlukan produk penjagaan kulit pada kulit kita?

Kulit merupakan organ terbesar di dalam badan kita, ia berfungsi sebagai benteng pertahanan untuk melindungi badan kita daripada ancaman luar. Sebenarnya kecantikan kulit adalah bermula daripada cara pemakanan yang seimbang dan mengamalkan pola hidup yang sihat, tetapi dengan ancaman lain seperti pencemaran persekitaran, produk solek yang berkimia, tekanan hidup dan UV matahari yang diluar kawalan kita, menyebabkan kulit kita menjadi sensitive dan memusnahkan struktur sel kulit kita. Itulah sebabnya kita perlu bijak memilih produk penjagaan kulit yang sesuai untuk membantu kita menjaga kecantikan dan kesihatan kulit. Set Codi Bioceps yang terbaru dapat memenuhi keperluan penjagaan kulit seharian anda dengan memberi anda wajah kulit yang segar, cerah dan sihat.

   
2. Adakah Produk penjagaan kulit Codi Bioceps selamat digunakan?

Ya. Produk penjagaan kulit Codi Bioceps dirumus khas dengan bahan-bahan botani semula jadi dan cordyceps, dijamin selamat untuk penggunaan. Selain itu, analisis yang teliti telah dijalankan sepanjang pemprosesan produk untuk menjamin keselamatan penggunaan produk.

   
3. Adakah Produk penjagaan kulit Codi Bioceps sesuai untuk semua jenis kulit?

Ya, ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. (Hentikan penggunaan jika ada keradangan yang berterusan.)

   
4. Apakah caranya untuk memperolehi kulit bersih yang diidamkan melalui penggunaan Produk Penjagaan Kulit Codi Bioceps?

Anda hanya perlu lengkapkan 3 langkah yang mudah setiap pagi dan malam, anda tentu boleh memperolehi kondisi muka yang bersih dan berseri.


Langkah 1: Codi Bioceps Multi Bio Cleanser

Picit sedikit pada tapak tangan, campur air untuk bentukkan buih. Bersihkan muka dan badan anda dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian bilas dengan air. Untuk hasil yang terbaik, gunakannya pagi dan malam diikuti dengan Live up V-Essence.

 
Langkah 2: Codi Bioceps Live Up V-Essence

Selepas bersihkan muka anda, tutup mata dan semburkan Live Up V-Essence di muka dan leher dari jarak 20cm. Biarkan di muka sehingga ia menyerap sepenuhnya dan nikmati kesan keanjalan atau ketegangan.

 
Langkah 3: Codi Bioceps Ultra Brightening Serum

Pum penitis pada tapak tangan dan sapu rata atas muka dan leher selepas menggunakan V-Essence. Gunakan 2 kali sehari dan diikuti dengan sunscreen pada waktu siang untuk kesan yang lebih baik. Goncang sebelum guna.