BAGAIMANA UNTUK BERMULA
Prinsip perniagaan rangkaian, langkah-langkah menuju kejayaan dan 7 rutin harian

 

 

4 Prinsip Perniagaan Rangkaian

Hubungan dalam Jalinan Rangkaian

  • Upline kepada Downline - Pendidikan, latihan, motivasi, bimbingan dan menawarkan bantuan.
  • Downline kepada Upline - 100% duplikasi, sentiasa hormati dan hargai upline.
  • Sideline - Untuk membina hubungan yang kukuh dan rapat, saling memotivasi dan bantu-membantu.

Penajaan dalam Jalinan Rangkaian

  • Jangan berbincang mengenai latar belakang peribadi dan pendidikan, sebaliknya bertukarlah pengalaman sesama sendiri.
  • Jangan berbincang mengenai pangkat, sebaliknya berbincanglah mengenai volum jualan.
  • Jangan berbincang mengenai isu-isu negatif, sebaliknya berikan dorongan antara satu sama lain.
  • Apabila berhadapan dengan sesuatu isu negatif, laporkan kepada upline anda.

5 Prinsip Asas Perniagaan Rangkaian

  • Jika anda mempunyai idea-idea baru, sentiasalah berbincang dengan Upline anda.
  • Jangan sesekali menyampaikan isu-isu negatif kepada Downline anda.
  • Jangan rosakkan hubungan baik di antara Upline & Downline.
  • Pinjaman wang di antara Upline dan Downline adalah tidak digalakkan.
  • Jangan terlibat dalam hubungan yang tidak sihat.

3 Isu Sensitif yang PERLU dihindari

  • Kepercayaan agama
  • Isu politik
  • Menyebarkan unsur-unsur negatif mengenai orang lain
Langkah-Langkah Menuju Kejayaan

Hadiri Previu Rakan Niaga Bijak (SPP)

  • Untuk memahami latar belakang syarikat, pengetahuan produk, pelan pemasaran serta syarat-syarat dan peraturan, anda perlu menghadiri SPP sekurang-kurangnya 5 kali.
 

Gunakan Produk

  • Gunakan produk untuk merasai kesannya sendiri agar anda lebih memahami manfaat produk.
  • Menggunakan sendiri produk anda bukan sahaja mampu meningkatkan kesihatan, malah anda juga boleh berkongsi manfaatnya dengan rakan-rakan dan pelanggan serta meyakinkan mereka untuk membeli produk tersebut.
 

Pastikan produk tersedia untuk jualan

  • Mempunyai stok produk yang cukup boleh memastikan agar rakan-rakan dan pelanggan anda boleh membeli produk tersebut dengan serta-merta.
  • Minta bantuan penaja anda untuk membuat pesanan dan pembelian stok (produk) pada peringkat awal.
 

Miliki alat-alat bantuan yang lengkap untuk memudahkan jualan

  • Untuk melaksanakan tugas dengan sempurna, anda disyorkan untuk melengkapkan diri dengan alat-alat bantuan perniagaan seperti pita perakam, buku nota, kad nama, kaset latihan sistem, pita video produk, buku risalah produk dan buku sistem latihan.
 

Hadiri latihan

  • Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri sesi pengetahuan produk dan latihan sistem perniagaan.
  • Usaha perlu dibuat untuk menggalakkan rakan-rakan dan Downline anda menghadiri setiap kelas latihan dan perjumpaan yang dianjurkan.
 

Tampilkan imej kejayaan

  • Contoh imej kejayaan adalah sikap, cara berpakaian, tingkah laku, cara percakapan dan tabiat anda.
 

Senaraikan prospek anda

  • Setiap orang berpotensi menjadi prospek anda.
  • Susun senarai penajaan anda seperti berikut: tidak bekerja, tidak puas hati dengan kerja sekarang, cenderung terhadap perniagaan, ingin mencipta kejayaan, mempunyai masalah kewangan, pesara, berpengalaman dalam pemasaran langsung.
  • Senaraikan sekurang-kurangnya 100 prospek dan jalinkan hubungan yang rapat dengan mereka.
  • Senarai prospek anda hendaklah dimulai dengan orang yang paling dekat dengan anda.
  • Jangan abaikan prospek anda.
  • Teruskan mencari rakan-rakan baru dan masukkan mereka dalam senarai prospek anda.
 

Jemputan

  • Dahulukan rakan-rakan yang dekat dengan anda.
  • Jemputlah mereka ke sesi perjumpaan untuk menambahkan keyakinan mereka.
  • Buatlah jemputan untuk perjumpaan satu-dengan-satu (one-to-one).
  • Sebelum menjemput prospek, maklumkan upline anda mengenai latar belakang prospek tersebut.
  • Berbincanglah dengan upline anda mengenai teknik-teknik jemputan.
  • Jemputlah prospek dengan ikhlas.
  • Apabila membuat jemputan, jangan sentuh 3 perkara: syarikat, produk dan pelan pemasaran.
  • Jemputlah seorang sahaja pada satu-satu ketika, namun pasangan digalakkan datang bersama-sama.
  • Belajarlah etika perbualan telefon; pastikan percakapan anda ringkas.
  • Janji temu anda hendaklah disahkan sekali lagi.
 

Tindakan susulan

  • Matlamat anda adalah untuk mencetuskan minat prospek dalam perniagaan ini di samping membantu mereka memahami manfaat pemasaran rangkaian dengan lebih mendalam.
  • Selepas janji temu tersebut, anda hedaklah membuat tindakan susulan dalam masa 24 jam.
  • Cara terbaik untuk membuat tindakan susulan adalah dengan berjumpa sendiri dengan mereka.
  • Sediakan alat-alat bantuan perniagaan seperti buku, pita video dan lain-lain untuk mereka supaya anda berpeluang menemui mereka sekali lagi.
  • Sikap positif anda merupakan faktor utama yang meyakinkan prospek untuk membuat keputusan.
 

Pengurusan masa

  • Bertanyalah upline anda tentang cara pengurusan masa yang efektif apabila anda menjalankan perniagaan AHB.

 

Tujuh Rutin Harian

Baca


Dengar CD / kaset
(motivasi, latihan, dsb.)


Gunakan produk


Jual produk


Hadiri sesi latihan dan perjumpaan


Sentiasa berhubung dengan Upline anda


Bentangkan peluang perniagaan anda dengan penuh keyakinan