CORDYCEPS
KULTUR TISU

 

 


Cordyceps Liar lawan Cordyceps Kultur Tisu

Sejak zaman lampau lagi, cordyceps sinensis dianggap sebagai anugerah ajaib atau penawar untuk semua jenis penyakit dan ia disediakan khusus untuk Maharaja Cina sahaja kerana herba yang sangat mahal ini hanya boleh dituai dari habitat semula jadinya di altitud yang tinggi.

Namun demikian, kemajuan teknologi dalam perubatan moden dan penemuan teknologi terkini, hasil sumbangan kajian bioteknologi yang ekstensif telah membolehkan herba 'ajaib' ini tersedia untuk semua lapisan masyarakat. Walau bagaimanapun, apabila dunia moden mula mempraktikkan proses replikasi cordyceps sinensis, ramai yang beranggapan mengenai kemungkinan berlakunya kesan-kesan sampingan akibat pengambilan herba yang ditanam secara tiruan ini.

Penanaman stroma cordyceps secara tiruan berjaya dihasilkan oleh Pusat Penyelidikan Teknologi Kawalan Mikropersekitaran, Institut Penyelidikan Universiti Tsinghua, Zhejiang Delta Sungai Yangtze.

Secara ringkasnya, universiti tersebut telah menemui kaedah terbaik bagi mencipta persekitaran yang ideal untuk pertumbuhan 'semula jadi' cordyceps sinensis aseksual, dengan mengguna pakai proses yang sesuai dan tepat untuk memperoleh ekstrak dan nutrien yang sama seperti yang terkandung di dalam cordyceps sinensis liar.

Penyelidikan dan kajian saintifik selama bertahun-tahun lamanya telah membuktikan bahawa ciri-ciri dan komponen nutrisi cordyceps sinensis kultur adalah sama seperti, atau lebih tinggi daripada cordyceps sinensis liar. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa ia boleh dibiak untuk menghasilkan spora cordyceps sinensis yang berkualiti tinggi.

Proses penanaman melibatkan replikasi persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan cordyceps sinensis. Tiada langsung sisa aditif mahupun pengawet dapat dikesan dalam stroma cordyceps sinensis kultur tiruan ini. Seperti spesis liar, cordyceps sinensis kultur tidak mencetuskan sebarang kesan sampingan yang toksik atau memudaratkan. Selain itu, pelbagai kajian berjaya menunjukkan bahawa cordyceps sinensis kultur mudah diserap oleh tubuh manusia bagi membolehkan elemen 'ajaib'nya memberi kesan yang lebih cepat dan lebih efektif.

Hari ini, daripada jumlah anggaran 300 spesis cordyceps yang diedarkan di seluruh dunia, hampir 60 spesis cordyceps sinensis liar berasal dari China sahaja. Spesis yang memiliki nilai perubatan paling tinggi ialah cordyceps sinensis dan cordyceps militaris.