LAGENDA
CORDYCEPS SINENSIS

 

 

Apakah cordyceps sinensis?

Perubatan tradisional Cina dimanfaatkan dari pelbagai jenis bahan semula jadi untuk merawat penyakit, dan antara yang utama ialah cordyceps sinensis.

Cordyceps sinensis, yang dikenali sebagai kulat beluncas Cina oleh masyarakat umum, ialah sejenis tumbuhan dari keluarga ergot. Di China, herba yang sangat jarang ditemui ini dikenali sebagai dong chong xia chao (Cacing Musim Sejuk, Rumput Musim Panas). Ia juga dikenali sebagai Aweto di China dan Tibet, dan sebagai Yarchagumba di Tibet. Oleh kerana ia tergolong di dalam kategori kulat, nutrien dan bahan-bahan aktif di dalam cordyceps memiliki ciri-ciri farmakologi yang berkait rapat dengan hampir setiap sistem di dalam tubuh manusia.

Cordyceps sinensis merupakan tumbuhan asli pergunungan China tenggara yang ditemui pada altitud melebihi 2000 meter sahaja. Spora cordyceps sinensis diterbangkan oleh angin selepas ia matang pada hujung musim luruh. Ia menjangkiti dan memakan larva Hepialidae secara perlahan-lahan bersama akar tumbuh-tumbuhan. Kulat cordyceps sinensis menyerap nutrien dan tisu-tisu lembut dalam larva sehingga ia mencapai kematangan. Lama-kelamaan, larva tersebut akan mati dan di tempatnya akan tumbuh stroma berwarna perang kehitaman yang keluar daripada kepala larva. Stroma yang panjang dan lazimnya lonjong ini boleh mencecah 3-5 sm. Cordyceps sinensis mengambil masa lebih kurang enam tahun untuk melengkapkan kitaran hidupnya. Oleh yang demikian, cordyceps sinensis asli amat jarang ditemui dan sangat mahal harganya.

Sebagai herba tradisional bernilai tinggi dalam herbologi perubatan Cina, pengamal perubatan purba percaya bahawa ia merupakan penawar berkuasa untuk semua jenis penyakit. Walau bagaimanapun, selama berkurun lamanya, cordyceps hanya dikhaskan untuk kerabat Maharaja kerana ia sukar didapati dan dijual dengan harga yang sangat tinggi. Cordyceps sinensis sentiasa dianggap sebagai bahan yang istimewa dalam budaya Cina.

Dengan kemajuan moden dan evolusi teknologi, Pusat Penyelidikan Teknologi Kawalan Mikropersekitaran, Institut Penyelidikan Universiti Tsinghua, Zhejiang Delta Sungai Yangtze telah membuat penemuan terkini dalam bidang perubatan apabila mereka berjaya menghasilkan penanaman dan pembiakan tiruan stroma cordyceps sinensis segar.

Cordyceps kini boleh didapati dengan mudah di pasaran. Ia tersedia dalam pelbagai jenis dan sesuai untuk mereka yang ingin mempertingkatkan dan menikmati kualiti kesihatan dan kehidupan yang lebih memuaskan.

Lagenda cordyceps sinensis

Lebih seribu tahun dahulu, ketika masyarakat Yung, iaitu gembala Tibet, pertama kali menemui cordyceps di kawasan tanah tinggi wilayah tersebut, mereka menyangka bahawa ia adalah sejenis rumput. Mereka mula berminat apabila melihat haiwan ternakan yang meragut cendawan kecil seperti rumput itu menjadi lebih bertenaga dan cergas. Malah, lembu-lembu tua juga kelihatan semakin sihat dan aktif. Pengembala tersebut mula menuai cendawan tersebut untuk dimakan dan tidak lama kemudian, mereka mendapati bahawa ia juga mampu memberikan manfaat yang sama terhadap manusia.

Sejak itu, kebaikan herba yang menakjubkan ini mula tersebar luas. Pakar-pakar herba Cina adalah antara yang terawal yang menggunakan cordyceps untuk merawat pelbagai masalah kesihatan manusia. Walau bagaimanapun, herba ini sangat jarang ditemui dan faktor tersebut menjadi halangan utama yang menyebabkan anugerah alam ini hanya terhad untuk golongan masyarakat elit.

Cordyceps sinensis tumbuh liar di Dataran Tinggi Tibet, lebih kurang 15,000 kaki di atas paras laut. Tahap oksigen yang rendah, iklim yang melampau dan persekitaran yang tandus membenarkan hanya beberapa spesis yang paling kuat dan paling sihat untuk membiak dan hidup. Spesis-spesis ini lazimnya boleh menyesuaikan diri dengan amat mudah kerana ia berjaya menjana ketahanan yang kukuh terhadap elemen-elemen yang keterlaluan itu. Oleh yang demikian, cordyceps yang dituai di persekitaran yang lebih melampau dianggap memiliki kualiti yang lebih tinggi berbanding jenis-jenis yang lain.

Penuai cordyceps menganggap cendawan tersebut sebagai "eliksir kehidupan" dan bernilai "lebih daripada emas". Sepanjang musim penuaiannya yang singkat iaitu 4 minggu di antara Mei dan Jun, pencari yang mahir hanya mampu memperoleh tidak lebih daripada 10 cendawan cordyceps setiap hari. Penuaian tahunan cendawan cordyceps gred tertinggi di seluruh dunia jarang mencecah 660 paun, menjadikannya sebagai salah satu cendawan paling jarang ditemui dan paling berharga di dunia. Persekitaran di mana cendawan tersebut ditemui dan nilainya yang tinggi menjadi sebab utama mengapa cordyceps sinensis disajikan khusus untuk kerabat di raja Cina sahaja.

Pada abad kedua B.C., Maharaja Cina yang pertama telah memilih cordyceps sebagai tonik harian utama untuk memanjangkan hayatnya. Jelitawan lagenda China, Yang Kue-fei (701-756A.D), juga mengambil cordyceps dengan kerap dan berpendapat bahawa cendawan tersebut adalah faktor penting yang membantu beliau mengekalkan kecantikannya. Sejarah penggunaan cordyceps sebagai herba antipenuaan dalam perubatan tradisional Cina bermula seawal tahun 1700BC. Semasa Dinasti Chin di China, seorang maharaja dikatakan sanggup membayar satu auns emas untuk bekalan kulat berharga ini selama tiga hari. Cendekiawan Tibet menulis butiran terperinci mengenai cordyceps dalam teks pada kurun ke-15 dan ke-18. Cordyceps mula diperkenalkan di Eropah pada tahun 1726 di sebuah perjumpaan saintifik.

Cordyceps sinensis asli mengambil masa lebih kurang enam tahun untuk melengkapkan kitaran hidupnya dan oleh yang demikian, produk semula jadi ini dianggap sungguh istimewa. Disebabkan cordyceps asli amat jarang ditemui dan harganya yang tinggi, para penyelidik dan saintis telah lama mengkaji kaedah untuk membiakkan cendawan ini dalam persekitaran yang lebih mudah disediakan. Sehinggalah penemuan perubatan terbaru oleh Pusat Penyelidikan Teknologi Kawalan Mikropersekitaran, Institut Penyelidikan Universiti Tsinghua, Zhejiang Delta Sungai Yangtze yang menjumpai cara terbaik untuk menanam dan membiak stroma cordyceps sinensis segar secara tiruan, barulah perkembangan produk berunsurkan cordyceps sinensis berjaya dilaksanakan.

Walaupun pengilang lain mungkin memilih untuk menggunakan cendawan gred rendah yang lebih mudah menua, tetapi hanya cordyceps sinensis gred tinggi yang terpilih sahaja yang akan dikembangkan dan dikulturkan dengan teliti oleh Pusat Penyelidikan Teknologi Kawalan Mikropersekitaran, Institut Penyelidikan Universiti Tsinghu, iaitu rakan usahasama AHB dalam suplemen pemakanan kami.