PERUTUSAN DARIPADA
PENASIHAT SYARIKAT

 

 


Kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan anda ke Asia Herbal Biotech, iaitu salah satu daripada syarikat Pemasaran Rangkaian di Malaysia yang dibina berlandaskan prinsip memperkaya kehidupan dengan membantu dan membimbing insan menyelaraskan rutin harian bagi membolehkan mereka menikmati gaya hidup yang lebih baik, lebih sihat dan lebih seimbang.

Di Asia Herbal Biotech, kami percaya bahawa untuk kejayaan jangka panjang sesebuah perniagaan, salah satu strategi perniagaan utama adalah keupayaannya untuk mencipta nilai buat para pengedar & pelanggannya.

Kami membina budaya 'Kami Prihatin, Kami Berkongsi, Kami Menyayangi' di kalangan pengedar, kakitangan dan pengurusan melalui ketelusan, kepercayaan dan kerjasama. Di Asia Herbal Biotech, kami mengutamakan situasi "Menang-Menang" yang bertanggung jawab menyemai para pengedar kami menjadi bintang ternama di arena pemasaran rangkaian antarabangsa.

Marilah kita bersama-sama bergabung tenaga untuk berjaya sebagai sebuah keluarga dengan menyebarkan falsafah syarikat ke seluruh pelusuk dunia. Kami berharap dapat melonjakkan penyertaan masyarakat di peringkat global agar kami berupaya memenuhi wawasan untuk membantu insan mewujudkan dan mengekalkan gaya hidup sihat.

 

Penasihat Syarikat (Dari Kiri ke Kanan) :
Tuan Abdul Rosik Yakub, Y.A.M. Dato' Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah D.K., S.S.M.T, Datuk Seri Amar Singh S/O Ishar Singh