|
(Dari Kiri ke Kanan)
Datuk
Tee Kian Hock, Dr Alfred Ng Kok Weng (CEO), Datuk
Teh Kim Poh, Datuk Lim Boon Siong, Datuk Tee Huat
|
|
Selamat
datang ke dunia Asia Herbal Biotech, sebuah syarikat perdagangan
elektronik (e-commerce) antarabangsa yang berkonsepkan Pemasaran
Bertingkat (MLM) dengan matlamat utama untuk menakluk dunia, selangkah
demi selangkah, dalam bidang yang dikhususkan kepada kehidupan
yang lebih sihat. Di Asia Herbal Biotech, kami menawarkan pilihan
terbaik bagi mempertingkatkan kehidupan dengan membantu dan membimbing
insan menyelaraskan rutin harian mereka yang membolehkan mereka
menikmati gaya hidup yang lebih baik, lebih sihat dan lebih seimbang.
Perkembangan
Asia Herbal Biotech dipacu oleh wawasannya untuk terus bekerjasama
melahirkan usahawan bersemangat tinggi yang berjaya, serta mendorong
mereka mencapai pencapaian yang lebih cemerlang dengan menerokai
kemungkinan melangkaui sempadan. Kami berani bermimpi, kami
sudi berkongsi.
Selain
menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan lebih baik di seluruh
dunia, Asia Herbal Biotech akan terus meluaskan empayar dan memperkukuhkan
peranan kami sebagai pemain utama dalam industri e-perdagangan
di seluruh dunia. Bagi merealisasikan wawasan kami untuk menjadi
syarikat MLM global, Asia Herbal Biotech dilengkapkan dengan konsep
pengurusan terkini dan komprehensif yang disesuaikan khusus bagi
menyokong usahawan kami membuat perancangan strategik untuk menjayakan
perniagaan MLM mereka di peringkat domestik dan juga antarabangsa.
Di
Asia Herbal Biotech, kami bekerja berpandukan teras budaya kami
iaitu 5 "I" - Integriti, Informasi, Inisiatif, Inovasi
dan Interaktif.
Kami
hanya menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.
Produk-produk nutrisi bioteknologi kami dihasilkan melalui kaedah
tercanggih dengan aplikasi formula terkini yang asli dan selamat
bagi menguatkan tubuh serta mengembalikan tenaga, keseimbangan
dan kesihatan dengan berkesan.
Kami
percaya bahawa setiap halangan adalah peluang untuk mencipta keajaiban.
Marilah bersama-sama kita berganding bahu menyebarkan manfaat
gaya hidup yang lebih sihat dan lebih baik di seluruh dunia.
Kami
Prihatin. Kami Berkongsi. Kami Menyayangi
|